Friday, November 4, 2011

Perompak ini tersalah masuk rumah, sekali terompak rumah juara tinju daa

OXFORD - Seorang perompak dibelasah seorang warga emas sehingga lembik setelah memecah masuk rumah seorang lelaki tanpa menyedari mangsa ialah bekas juara tinju.

Warga emas berusia 72 tahun itu, Frank Corti masih tangkas dan terus menerkam perompak tersebut, Gregory McCalium (gambar kecil) apabila melihat lelaki tersebut menceroboh kediamannya di sini.

Tanpa berlengah, Corti melepaskan dua tumbukan padu ke muka penceroboh berkenaan.
Tumbukan tangan kanan Corti amat kuat menyebabkan McCalium yang mengacukan pisau terhadap warga emas itu rebah dengan kesan lebam seperti dilanggar kereta.
"Saya tidak teragak-agak melakukannya (mempertahankan diri) sekali lagi jika keadaan memaksa," kata Corti.

Dia yang merupakan seorang pesara kemudian mengikat lelaki itu sebelum menghubungi polis.
McCalium dijatuhi hukuman penjara selama empat setengah tahun.

nRelate - Posts Only

LinkWithin