Saturday, July 14, 2012

(Gambar Terbaru) Nasha Aziz Akui Kini Masih Solo Dan Rahsia Beliau Kekal Cantik



Ada suara nakal kami dengar hujung minggu lalu selepas selesai majlis pernikahan Ella yang mengatakan sekarang ini hanya menunggu giliran Nasha Aziz.

Maklumlah, di usia 41 tahun Nasha Aziz sehingga ke hari ini masih belum mempunyai teman lelaki tetap selepas beberapa calon sebelum ini terkandas di’tengah jalan.

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Nasha Aziz mengakui yang diri beliau kini masih solo dan sebenarnya tidak terlalu memikirkan soal jodoh buat masa ini.

“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya”

“Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz yang di’temui pihak media di satu pelancaran produk kesihatan.

Dan, pastinya ramai ingin tahu rahsia Nasha Aziz yang mampu kekal cantik sehingga ke hari ini. Model dna juga pelakon ini mendedahkan yang perasaan cinta adalah rahsia beliau.

“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta,” tambah Nasha Aziz lagi.

 
 
 
 
 

nRelate - Posts Only

LinkWithin