Friday, August 26, 2011

11 Tahun Chopstick Melekat Dicelah Mata Seorang Perempuan

zUqge3y5Hj 11 Tahun Chopstick Melekat Celah Mata
Potongan penyepit plastik berukuran 6 cm yang 11 tahun berada di rongga mata Ci Yang
Seorang doktor di China berjaya mengeluarkan sebatang penyepit sepanjang enam sentimeter dari rongga mata seorang perempuan yang telah tertanam di dalamnya selama 11 tahun.
Ci Yang datang ke hospital selepas mengeluh sakit dan jangkitan pada matanya.
Doktor Xu Zhe dari Hospital Hua Xi di Chengdu, Sichuan, China, mengatakan mata warga Tibet itu mengalami bengkak teruk.
Doktor melihat ada benda berwarna seperti tulang pada sudut mata Ci.
“Saya melakukan scan pada matanya dan mencari ada benda asing sepanjang enam sentimeter di sudut kanan mata kanannya,” ujar dr Xu.
Ci terus menjalani pembedahan pada hari itu, dan benda asing itu berjaya dikelularkan. Memang pasti benda asing yang dimaksudkan itu adalah potongan penyepit plastik.
Setelah pembedahan, Ci teringat, 11 tahun lalu dia menyelinap masuk ke rumah dan tidak sengaja wajahnya terhantuk ke meja makan.
“Mata kanan saya terluka sedikit. Tapi selepas rawatan anti-inflamasi mata saya sembuh tanpa masalah,” ungkap Ci.
Sesekali mata kanan Ci mengeluarkan nanah namun dia pernah mengambil tindakan serius untuk mengubatinya. Ci hanya membeli ubat penghilang rasa sakit sementara.
Sementara Doktor Xu mengakui, dia sangat bernasib baik kerana penyepit itu tidak menembusi celah antara mata dan rongga sehingga tidak menjejaskan pengelihatannya.

nRelate - Posts Only

LinkWithin