Seorang petani China telah berjaya melakukan penerbangan sulungnya dalam piring terbang, yang hanya dibina di rumahnya! Huhu dok dang nok mikir ambe.
Shu Mansheng, yang hanya mempunyai pendidikan sekolah asas, belajar mekanik dan elektronik sendiri-sendiri untuk membina piring terbang yang berkuasa lapan enjin dicantumkan dengan kipas.
Shu, dari Wuhan, Wilayah Hubei, membelanjakan $ 9,900 dolar (RM29,434) pada piring terbang pertama beliau tahun lepas, tetapi ia gagal untuk berlepas. Shu kembali kepada lukisan pelannya dan memulakan kerja versi kedua tahun ini yang mana beliau kini telah berjaya menerbangkannya.
Beliau kini bercadang untuk terus menghalusi piring terbang itu dan juga berharap untuk menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak yang berminat dalam projek-projek yang serupa. "Impian saya adalah untuk menubuhkan sebuah sekolah khas di mana kanak-kanak akan dapat mempelajari pelbagai perkara yang mereka tidak belajar di sekolah-sekolah biasa," jelas beliau.
Tentu marah geng-geng Illuminati pada Shu ni huhu. Jangan terkezut jika suatu hari nanti Shu datang melawat ke atas atap rumah anda :P
[China Daily , Unikversiti]

