Wednesday, August 24, 2011

Kes Liwat Anwar : 'Dalam Dubur Saiful Bukhari Ada Plastik'





KUALA LUMPUR - Tiga tahun lalu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan didakwa memberitahu seorang doktor di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini bahawa lubang duburnya telah dimasukkan objek plastik.
Perkara itu ditegaskan Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid selaku pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan awal terhadap Mohd. Saiful pada 28 Jun 2008, dua hari selepas dakwaan dia diliwat di sebuah kondominium oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Mohamad Osman, 60, semasa Mohd. Saiful berjumpa dengannya, pengadu memberitahu, dia telah diliwat oleh seorang yang berprofil tinggi serta duburnya dimasukkan objek plastik.
"Saya terkejut dan menyuruh pengadu menjalankan pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan serta membuat laporan polis," katanya semasa disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.
Mohamad Osman yang kini pegawai perubatan kanan di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, Mohd. Saiful tidak memberitahu siapa yang memasukkan objek plastik tersebut.
Saksi dari Myanmar itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Mohd. Yusof bahawa maklumat mengenai objek plastik dimasukkan ke dalam lubur hanya dimasukkan ke dalam laporan perubatan selepas itu.
Terdahulu, saksi kedua pembelaan itu ditanya oleh Mohd. Yusof sama ada dia bertanya kepada Mohd. Saiful mengapa pengadu mengalami sakit pada dubur, namun saksi menjawab tidak tanya.
Di awal keterangan, Mohamad Osman semasa pemeriksaan utama oleh peguam Karpal Singh memberitahu, Mohd. Saiful telah mengadu kepadanya bahawa dia sakit pada dubur dan tidak membuang air besar selama dua hari.
Bagaimanapun, selepas melakukan pemeriksaan menggunakan alat protoskop, saksi mendapati dubur Mohd. Saiful dalam keadaan sihat.

nRelate - Posts Only

LinkWithin