Friday, August 26, 2011

Kesian, Budak Perempuan Ini Menderita Kulit Bersisik


jasriani Budak Perempuan Menderita Kulit Bersisik
Jasriani, gadis kecil Indonesia yang menderita kerana seluruh badannya ditumbuhi sisik.
Sungguh menyedihkan apabila melihat pada kulit badan anak kecil ini. Manakala di beberapa bahagian badannya, sisik itu kelihatan menggelupas sehingga merekah seperti luka tanpa jahitan.
Jika kipas angin tidak diarahkan kepadanya, Rohana (ibu), khuwatir tubuh anaknya berpeluh-peluh. “Kalau berpeluh dia akan merasa gatal-gatal dan dia akan menggaru sehingga melecet,” kata perempuan berusia 31 tahun ini.
Menurut ayahnya, Syahril, 32 tahun, doktor mengatakan Jasriani menderita cacat seumur hidupnya. Tetapi doktor tidak menjelaskan penyebab dan jenis penyakit ‘Acce’ (nama manja Jasriani). “Kami pernah memberinya ubat kulit, tetapi, kerana harganya mahal, ubat itu tak lagi kami beli,” kata Syahril.
Acce mulai belajar membaca, mengira, menulis dan menyanyi. “Saya mahu sekolah,” katanya. Dia girang ketika diminta menyanyi. Lagu ‘Balonku Ada Lima dan Ayat-ayat Cinta’ yang dipopularkan penyanyi Rossa, meluncur dari mulutnya yang comel itu. 

nRelate - Posts Only

LinkWithin