Mayat Wanita Berusia 500 tahun dengan Pakaian dan Beg telah ditemui . Mereka dikuburkan secara tradisional dengan barang paling berharga milik mereka untuk membawa mereka ke alam baka. Bersama dengan mumia perempuan ini, turut ditemui barang kesayangannya iaitu beg tangannya. Mayat wanita Korea, yang berusia 500 tahun, ditemui dengan pakaian yang masik baik serta beg dan ornamen.
Para saintis di the Seogyeong Cultural Properties Research Institute di Seoul yakin wanita itu adalah isteri pemerintah rasmi tingkat tinggi selama Dinasti Joseon dan meninggal selama abad ke-16. Analisis awal dari keranda di mana dia dimakamkan telah menemui karakter yang menunjukkan dia adalah seorang wanita penting.
Keranda itu ditemui di kompleks industri di Osan, Gyeonggi Propinsi di Korea Selatan. Ia dikatakan berasal dari Dinasti Joseon, yang memerintah antara 1392 sampai 1910. Pakaian yang dipakai oleh mumia ini akan membantu peneliti dalam kajian tentang bagaimana perempuan hidup pada zaman tersebut.
Meskipun mumia biasanya dikaitkan dengan Mesir kuno, mumifikasi adalah umum di Korea. Tidak seperti proses mumia Mesir, di Korea mayat tidak sengaja dijadikan mumia. Ini adalah fenomena yang terjadi secara semulajadi dari cara mereka dikuburkan. Selama dinasti ini, masyarakat kelas atas dikuburkan dengan cara mencegah peluruhan tubuh.
Mereka menempatkan yang mati dalam hoegyeok, jenis makam, dan mayat dikuburkan di sisi keranda ganda dan ditutup dengan lapisan campuran kapur yang benar-benar mengasingkan tubuh dari air dan udara