Thursday, August 25, 2011

Penyimbah Asid Mohd Rafie Berjaya Diberkas


KUALA LUMPUR: Dua lelaki berusia 20-an ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes Mohd Rafie Abdul Latif, 27, yang disimbah asid ketika mangsa berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya, di sini, 8 Ogos lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dua lelaki berkenaan ditahan di tempat berasingan iaitu di Melaka serta Kuala Lumpur dan dipercayai rakan kepada mangsa.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu ditahan untuk dirakam keterangan berhubung kejadian pada 8 Ogos lalu dan dipercayai berada di tempat kejadian bersama-sama suspek pertama berusia 28 tahun.




“Motif kes ini dipercayai cemburu yang mana mangsa dan suspek pertama yang ditahan 21 Ogos lalu dipercayai menjalin hubungan intim, tetapi mengalami krisis dalam hubungan yang menyebabkan suspek bertindak sedemikian,” katanya selepas mengadakan lawatan di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki yang baru ditahan itu dipercayai mempunyai hubungan intim bersama-sama suspek pertama serta mangsa dan maklumat yang diperoleh daripada mereka akan membantu melengkapkan siasatan.


Dalam kejadian 8 Ogos lalu, Mohd Rafie, 27, disimbah asid oleh lelaki yang membuka pintu kereta mangsa sehinggan menyebabkan kulit muka mangsa melecur sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.



Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kes simbah asid bersiri, Mohmad berkata, pihaknya tidak mendapat kerjasama daripada orang ramai terutama peniaga asid.

Katanya, sebelum ini, pihaknya meminta bantuan golongan peniaga yang menjual asid membantu menyalurkan maklumat sekiranya dapat mengesan lelaki berumur 25 hingga 30 tahun yang membeli asid dalam tempoh sebelum 8 Ogos.

nRelate - Posts Only

LinkWithin