Wednesday, August 24, 2011

Pukul Anak Sampai Mati Kerana Game


Kim Crawford, 21, seorang wanita dari Bronx, didakwa telah membunuh anaknya sendiri,  Jamar Johnson, 5 tahun.  Johnson menemui ajalnya kerana trauma pukulan benda tumpul di dadanya.
Crawford berkata dia memukul anaknya kerana Johnson merosakkan televisyen ketika sedang bermain Nintendo Wii, jelas pendakwaraya. Crawford menampar Johnson di punggung dan perut. Menurutnya ketika itu dia memukul Johnson lebih keras daripada biasa dia memukulnya.
Setelah kejadian itu, Johnson muntah dan mengeluh sakit selama 5 hari kerana luka dalaman yang menjadi semakin parah. Crawford tidak pernah membawanya ke rumah sakit kerana takut akan dipenjara.
Akhirnya anaknya meninggal dunia tanpa dibawa ke hospital.. Dia terancam penjara 15tahun penjara kerana membunuh dengan sengaja

nRelate - Posts Only

LinkWithin