Wednesday, August 24, 2011

Suami Pukul Isteri Baru Bersalin Kerana Lahirkan Anak Perempuan


Seorang ekspatriat Arab di Arab Saudi menyerbu ke bahagian ginekologi di sebuah hospital, mengejutkan isterinya sebelum bertindak memukulnya kerana melahirkan seorang bayi perempuan.
Suami yang tidak dinyatakan namanya itu kemudian berjaya dihalang dan dibawa keluar oleh kakitangan dan pengawal keselamatan hospital yang letaknya di tengah-tengah kota Makkah.
Lelaki itu kemudiannya menuduh pihak hospital menukarkan bayi tersebut kerana isterinya sebelum itu memberitahunya bahawa x-ray menunjukkan bahawa dia hamil anak lelaki.
Doktor berusaha menerangkan kepada lelaki itu bahawa gambar x-ray tidak selalunya tepat dalam mengenal pasti jantinanya
Yang membuatkan kita marah bukan kerana lelaki ini mempersoal jantina anaknya, tetapi perbuatan tidak berperikemanuasiaan dan kejamnya yang membelasah isteri yang baru sahaja bersalin. 

nRelate - Posts Only

LinkWithin