Bukan hanya baju dan topi waja, tentera british ternyata juga memerlukan seluar dalam anti peluru. Baru-baru ini, pasukan Marine British memesan 27,500 pasang seluar dalam anti peluru.
Seluar dalam super kuat ini akan membantu melindungi tentera mereka dari ledakan bersudut rendah yang biasanya disebabkan ranjau dan bom jangka masa (IED). Cedera di daerah kelangkang dapat menyebabkan kecederaan parah dan kehilangan banyak darah kerana daerah itu memiliki banyak pembuluh nadi. Selama ini kelangkang memang tidak terlindung oleh baju anti peluru untuk memudahkan pergerakan tentera di medan perang.
Seluar dalam balistik adalah sama seperti jenis yang sudah dipakai oleh pasukan British, tidak akan dapat menghentikan peluru yang ditembak secara terus mahupun pecahan peluru. Namun pakaian dalam khusus ini akan mengurangkan impak luka yang dapat menyebabkan kerosakan tambahan. Seluar dalam itu juga mengandungi bahan antibakteria untuk mengurangi risiko infeksi pada luka yang dialami tentera dan juga mempercepat proses pemulihan.
Pakaian dalam itu terbuat dari sutera tenunan khusus yang bersifat antibakteria. Material itu sebenarnya sudah digunakan pasukan berkuda bangsa Mongol semasa di Afganistan di masa lalu. Anggota perang Genghis Khan itu juga mengenakan baju pelindung berbahan sutera.
Pesanan khusus dan agak terdesak itu nilainya mencapai US$2 juta. Pakaian berbahan khusus itu akan dibuat oleh perusahaan Cooneen Watt & Stone.
SUMBER: TEMPO INTERAKTIF.COM

