
Victoria yang berumur 32 tahun membuka kelab tarian tiang pada 2005 selepas empat tahun menjadi penari tiang iaitu salah satu cabang tarian bogel.
Dia akan mengambil ujian undang-undang yang dikendalikan oleh Institut Eksekutif Undang-Undang di Britain.
"Apabila saya menari, saya kerap berasa kekurangan latar belakang akademik.
"Undang-undang ialah bidang yang saya minati," katanya yang mendedahkan dia boleh memperoleh pendapatan £400 (RM2,089) satu malam jika menjadi penari tiang.
Menurutnya, dia turut mengalami kejutan kerana terpaksa kembali belajar dan melakukan kerja rumah tetapi menegaskan: "Saya seronok melakukannya."
Victoria berkata, dia mungkin menjual kelab tarian tiang atau mengupah seorang pengurus untuk mengendalikannya selepas memperoleh kerja sebagai peguam.