The Straits Times/ANN melaporkan seorang gadis yang mengadakan hubungan seks dengan ayahnya mengaku bersalah atas tuduhan sumbang mahram pada hari Rabu, sembilan bulan selepas bapanya dijatuhkan hukuman penjara.
Gadis yang tidak didedahkan identitinya merupakan wanita pertama di Singapura didakwa atas tuduhan melakukan sumbang mahram, dan dipercayai kes konsensual pertama yang didakwa di republik itu.
Gadis berusia 24-tahun ini mula didakwa awal tahun lepas kerana membenarkan bapanya berusia 46 tahun melakukan hubungan seks terhadap dirinya. Kejadian berahi-gila ini berlaku di dalam bilik tidur utama flat mereka di Serangoon pada bulan April 2008.