Seorang lelaki melompat ke dalam Air Terjun Niagara, Ontario, Kanada (AS) dari ketinggian 55 meter tetapi dia akhirnya selamat, kata polis.
Lelaki itu dipercayai berumur 30-an berada dalam keadaan separuh sedar ketika dihantar ke sebuah hospital.
Lelaki itu dipercayai berumur 30-an berada dalam keadaan separuh sedar ketika dihantar ke sebuah hospital.
Ketua Polis Taman Niagara, Doung Kane berkata, lelaki itu terjun secara sukarela dan pada mulanya enggan menerima rawatan perubatan.
Anggota-anggota penyelamat menyatakan lelaki itu berada dalam air selama 45 minit sebelum diselamatkan.
Seorang pegawai bomba, David Belme berkata, seorang anggota bomba, Todd Brunning dan seorang lagi pekerja penyelamat berenang ke arah lelaki itu dan menyelamatkannya.
Sebelum ini helikopter digunakan untuk menyelamatkannya tetapi dia enggan diselamatkan.
Juruterbang helikopter itu, Ruedi Hafen menganggap lelaki itu cuba membunuh diri.