Wednesday, November 30, 2011
Lindsay Lohan Bakal Bergambar Bogel Untuk Playboy
LOS ANGELES - Selepas sehari di penjara, pelakon bermasalah, Lindsay Lohan (gambar) dikatakan bakal tampil dalam majalah dewasa, Playboy.
Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh jurucakap Playboy dan Lohan. "Lindsay Lohan akan beraksi dalam majalah Playboy untuk isu bulan Januari/Februari. Ia akan berada di kedai pada akhir Disember," jelas Playboy dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap Lohan, Steve Honig menyatakan pelakon tersebut sudah menyempurnakan sesi fotografi dan akan menjadi tajuk muka depan. "Gambar yang dirakam itu sangat cantik. Ia akan disertakan dengan satu temu ramah yang membolehkan pembaca melihat sisi lain Lindsay," kata Honig.
Spekulasi mengenai penggambaran Playboy itu mendapat perhatian media sejak beberapa minggu lalu ketika Lohan bergelut dengan masalah perundangannya.
Pada bulan lalu, laman web hiburan TMZ.com melaporkan Playboy menawarkan Lohan sebanyak AS$750,000 (RM2.34 juta). Namun, Lohan mahukan bayaran AS$1 juta (RM3.12 juta). Playboy kemudian menawarkan jumlah yang hampir sama, lapor TMZ.com.
Sebelum ini, Lohan dipenjara kerana melanggar tempoh percubaan selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk, selain tuduhan mencuri. - Reuters
Labels:
Dunia