Saturday, November 19, 2011

Tahniah! Pengacara dan pelakon popular Daphne Iking selamat melahirkan anak

Inilah wajah bayi kepada pengacara dan pelakon popular Daphne Iking, 32 atau namanya Islamnya Dahlia yang telah selamat melahirkan cahayamata perempuan bernama Iman Danielle Iking Azmi.


Bayi berusia sebulan itu adalah hasil perkongsian hidup hos rancangan Bella di NTV7 itu bersama suami keduanya, Azmi Abdul Rahman atau senang dengan panggilan Joe sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 8 Januari lalu.

Ketika dihubungi portal murai.com.my, Daphne melahirkan rasa terharu dan gembira dengan kelahiran Iman dan tidak sabar untuk berkongsi dengan pembaca murai.com.my dan juga penonton program bual bicara Bella.


"Alhamdulillah, kakak Iman iaitu Isobel Danielle merupakan insan yang paling gembira dan bangga dengan kelahiran adiknya ini. Malah kami sekeluarga amat menyayanginya.

"Saya berkeyakinan bahawa semuanya akan berjalan dengan baik dan oleh kerana itu jugalah kami memilihnya namanya Iman," katanya secara ekskusif kepada portal murai.com.my.


Terdahulu, Daphne telah berkongsi pengalaman ketika detik melahirkan Iman serta visual eksklusif dia bersama bayinya itu dalam program Bella yang dipancarkan secara langsung dari NTV7 pada jam 11.30 pagi tadi.

kredit to murai.com.my

Sumber http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/11/gambar-bayi-anak-kedua-daphne-iking.html#ixzz1e46gUqEf

nRelate - Posts Only

LinkWithin