Friday, July 5, 2013

Uncle Seekers ditangkap polis di Plaza Tol Senawang kerana memfitnah Sultan Johor


JOHOR BAHRU: Bloger Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers telah ditangkap di Plaza Tol Senawang sekitar pukul 9.45 malam Rabu.

Difahamkan Syed Abdullah telah ditangkap berikutan komen provokatif dan menyakiti berkaitan kerabat Diraja Johor dalam blognya, uncleseekers.blogspot.com.

Beliau juga adalah anak kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali dalam nama penanya 'Pak Habib'.

Sebelum ini beberapa laporan telah dibuat terhadap Syed Abdullah berhubung komen-komennya yang dianggap keterlaluan dan tidak sensitif.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata polis akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung penangkapan itu tidak lama lagi.

nRelate - Posts Only

LinkWithin