
Bahagian belakang penukul dilihat mengenai dahi di bahagian atas mata kiri Yuan Dongjiang ketika dia sibuk menanggalkan bumbung sebuah gudang di Nanning, wilayah Guangxi China, baru-baru ini.
Pekerja berusia 40 tahun itu bagaimanapun masih berada dalam keadaan sedar dan dapat berfikir apabila tiba di sebuah hospital.
Pemeriksaan X-ray menunjukkan penukul tersebut menembusi dahi.
Dia bernasib baik kerana matanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Doktor kemudian berjaya mengeluarkan penukul itu dan Dongjiang kini semakin sembuh di hospital. - Agensi - Sumber Kosmo Online