“Ini implan wajah pertama yang berjaya dilakukan di Mexico,” kata jurucakap Social Security Institute Mexico, Juan Francisco Salazar di Negara Bahagian Nuevo Leon, seperti dipetik Straits Times.
Raul Carrizales (7) diserang seekor anjing berjenis pitbull pada 26 Jun lalu, di Kota Monterrey. Anjing liar itu membuat koyakan besar pada bahagian bawah wajahnya.
Seorang jiran yang melihat kejadian itu, memunggut kulit muka kanak-kanak ini dan meletakkan di dalam beg plastik. Ia kemudian memasukkan ke dalam bekas berisi ais.
Berkat tindakan cepat dari jiran ini, doktor boleh mengimplan kembali bahagian wajah si kanak-kanak yang amat beruntung itu.