P/S : Comel macam orang jepun dah budakserius tengok. :)
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts
Saturday, July 6, 2013
Gambar Bakal Suami Ella-Azhar Ghazali
Bertahun lamanya dia menjawab dan menepis persoalan mengenai bilakah dia akan menjadi isteri orang. Namun tanpa gosip yang heboh seperti artis lain, tiba-tiba dengan satu kejutan, baru-baru ini, Ella, 46, akui dia akhirnya sudah bertemu putera hatinya, malah akan mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
![]() |
| Azhar Ghazali jejaka A bakal suami penyanyi Ella |
Seperti seadanya, Ella tersenyum riang. Namun kali ini ia nampak jauh lebih riang. Jelas sekali itu menterjemahkan perasaannya yang kini sangat bahagia dan membilang hari.
“I am sooooo.... happy and I really love this feeling!” jerit kecil penyanyi lagu Sembilu dan Dua Insan Bercinta ini.
Mana tidaknya, Ella akan menamatkan zaman solonya bersama seorang jejaka, Azhar Ghazali yang sebenarnya sudah sembilan tahun mencuri hatinya. Lelaki berusia 30-an yang berasal dari Muar, Johor itu ber tugas sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Pasangan ini dijadual bernikah malam esok (Sabtu) 7 Julai 2012 selepas Isyak dalam satu majlis sederhana di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.
Hanya mengundang ahli keluarga terdekat, sanak-saudara serta sahabat karib kedua-dua belah pihak, Ella lebih inginkan unsur kesederhanaan untuk majlis pernikahannya itu.
Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini akan mengenakan busana berwarna putih sentuhan pereka fesyen terkenal, Syaiful Bahrim. Abang kandungnya, Mohd Norizam Aminuddin sendiri akan menjadi wali kepada Ella.
“Semuanya sederhana dan memang kami berdua sepakat untuk melaksanakan mana yang wajib dulu. Majlis persandingan pula akan kami lakukan pada 1 Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.
“Saya sebenarnya sangat menghormati permintaan keluarga bakal suami saya yang tidak mahu majlis ini menjadi terlalu gah memandangkan mereka memang orangnya bersederhana.
“Terus terang saya sangat bersyukur dengan ketentuan takdir yang tersurat buat diri saya tapi saya tak nafikan saya begitu gementar menempuh saat menjadi seorang isteri.
“Alhamdulillah saya dikelilingi mereka yang begitu menyayangi saya terutama Azhar yang begitu memahami dan tidak henti menyokong karier saya selama ini. Saya gembira kerana kami akhirnya sampai ke satu fasa penting dalam hidup kami.
“Azhar sebenarnya memberikan perspektif yang berbeza dalam hidup saya. Dia bukan sekadar menghormati saya dan keluarga saya. Sepanjang mengenalinya, sejak sembilan tahun lalu dan seterusnya menjadi lebih akrab sejak tiga tahun kebelakangan ini, saya boleh sifatkan Azhar sebagai lelaki yang sangat matang.
“Saya yakin dan percaya yang Azhar mampu membimbing saya dalam perkahwinan ini, insya-Allah,” ujar Ella.
Azhar dan keluarganya datang merisik Ella pada 17 Jun lalu sebelum mereka bersetuju menetapkan tarikh pernikahan itu. Pada hari perkahwinan, mempelai perempuan akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
“Saya bersyukur dan tentunya sangat gembira kerana akhirnya kami akan disatukan. Ella sangat istimewa buat diri saya. Apa yang penting, saya selalu berdoa agar kebahagiaan kami akan berkekalan sampai ke akhir hayat,” katanya.
Labels:
Artis
Friday, July 5, 2013
5 Gambar Diana Amir di kota suci Mekah mengerjakan umrah
Difahamkan Diana Amir telah pergi mengerjakan umrah dari 9 Jun sehingga 19 Jun yang lepas dan die telah
berkongsi beberapa gambar-nye di sane melalui laman Instagram & Twitter. Lagi gambar after the jump.
Labels:
Artis
'Saya Tak Suntik Muka Supaya Kelihatan Putih Melepak' – Adira
Ada desas-desus yang menyatakan Adira menyuntik mukanya dengan vitamin C namun hari ini menerusi Portal Murai, Adira menafikan perkara tersebut. Kata Adira:-
Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya dengar orang cakap saya membuat suntikan pada wajah untuk kelihatan cantik. Namun semuanya tidak benar, kerana kulit saya sekarang adalah kulit asli saya dan tidak melakukan apa-apa bahan yang drastik, selain hanya menjaga pemakanan dan penjagaan kulit yang betul. Saya mengamalkan makan makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan kesihatan diri saya.
Labels:
Artis
Uncle Seekers ditangkap polis di Plaza Tol Senawang kerana memfitnah Sultan Johor
JOHOR BAHRU: Bloger Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers telah ditangkap di Plaza Tol Senawang sekitar pukul 9.45 malam Rabu.
Difahamkan Syed Abdullah telah ditangkap berikutan komen provokatif dan menyakiti berkaitan kerabat Diraja Johor dalam blognya, uncleseekers.blogspot.com.
Beliau juga adalah anak kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali dalam nama penanya 'Pak Habib'.
Sebelum ini beberapa laporan telah dibuat terhadap Syed Abdullah berhubung komen-komennya yang dianggap keterlaluan dan tidak sensitif.Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata polis akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung penangkapan itu tidak lama lagi.
Labels:
Artis
Zizan, Juliana Evans pakai cincin sama semasa hadiri pra tonton Mael Lambung
Gambar dibawah adalah gambar ketika Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans menghadiri satu majlis yakni majlis Pra Tonton filem Mael Lambong. Yang menariknya kedua-dua selebriti ini dikatakan memakai cincin yang sama. Ini dipetik dan disahkan melalui laman blog BuahMulut yang mengambil gambar mereka berdua ketika majlis itu. Rasanya tiada apa yang perlu disembunyikan lagi, kedua-dua sah bercinta dalam diam. :)
Labels:
Artis
Thursday, July 4, 2013
Thursday, April 18, 2013
Adi Putra Bangga Ambil Anak Angkat
Aktor kacak popular masa kini, Adi Putra, bangga mendapat anak angkat barunya dan ternyata naluri kebapaan aktor itu sangat kuat.
Adi Putra yang membintangi drama Tentang Dhia ini sangat teruja mendapat anak angkatnya dan memperkenalkan anak angkatnya, Zara Adelia Haadi, kepada follower Twitternya. Kehadiran anak angkatnya, Zara, yang berusia tidak sampai sebulan itu telahpun memberi kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup Adi Putra dan isteri. Aktor itu menyatakan tanggungjawabnya kini telah bertambah semenjak bergelar seorang bapa.
“Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. My daughter Zara Adelia Haadi” tweet Adi Putra penuh gembira.
Pengalaman pertama Adi Putra menjadi seorang bapa, tidak menyebabkan beliau berasa kekok bagi membantu isterinya menjaga Zara, termasuklah menukar lampin anak angkatnya itu sendiri serta bangun berjaga lewat malam bagi menjaga bayi terbabit. Adi Putra layak digelar sebagai bapa mithali.
Adi Putra yang membintangi drama Tentang Dhia ini sangat teruja mendapat anak angkatnya dan memperkenalkan anak angkatnya, Zara Adelia Haadi, kepada follower Twitternya. Kehadiran anak angkatnya, Zara, yang berusia tidak sampai sebulan itu telahpun memberi kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup Adi Putra dan isteri. Aktor itu menyatakan tanggungjawabnya kini telah bertambah semenjak bergelar seorang bapa.
“Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. My daughter Zara Adelia Haadi” tweet Adi Putra penuh gembira.
Pengalaman pertama Adi Putra menjadi seorang bapa, tidak menyebabkan beliau berasa kekok bagi membantu isterinya menjaga Zara, termasuklah menukar lampin anak angkatnya itu sendiri serta bangun berjaga lewat malam bagi menjaga bayi terbabit. Adi Putra layak digelar sebagai bapa mithali.
Labels:
Artis
Wednesday, April 17, 2013
Saturday, April 13, 2013
Gambar Shafik Cili Padi Dulu dan Sekarang
Nik Fariz Nik Fadzil memang terkenal dengan wataknya sebagai Shafik didalam drama bersiri remaja, Cili Padi yang disiarkan pada tahun 1993. Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satu memang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama.Turut sama membintangi rancangan itu adalah Melissa Saila, Tam Suhaimi(Salim), Anne Ngasri(Lili) dan Jaafar Onn(Cikgu Jaafar). Masa berlakon cerita Cili Padi ni, Nik Fariz baru berumur 10 tahun.
Sekarang dia dah berumur 28 tahun dan dah jadi ayah dah pun kepada seorang anak perempuan yang kini berumur 1tahun 5bulan! Mesti cute anak dia sebab ayahnya pun cute! hahaha. Ok jom tengok gambar Nik Fariz semasa dia kecil dan apabila dewasanya dia.
Mel: Memang kacak la Melissa Saila dalam cerita Cili Padi tu! Idola tu!
Sekarang dia dah berumur 28 tahun dan dah jadi ayah dah pun kepada seorang anak perempuan yang kini berumur 1tahun 5bulan! Mesti cute anak dia sebab ayahnya pun cute! hahaha. Ok jom tengok gambar Nik Fariz semasa dia kecil dan apabila dewasanya dia.
Nik Fariz semasa membintangi Cili Padi pada tahun 1993…
Labels:
Artis
Thursday, April 11, 2013
Gambar Comel Anak Johan Dan Ozlynn
Di sebalik imej kelakarnya, Johan Raja Lawak ternyata merupakan seorang bapa yang amat penyayang kepada tiga orang anaknya.
Hasil perkahwinannya dengan pelakon Ozlynnwaty, mereka kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh, dua tahun dan tiga bulan.
Di sini disertakan gambar-gambar Johan bersama anak ketiganya. Nampak penyayang kan Johan.
Untung Ozlynn dapat suami yang rajin membantunya dalam penjagaan anak selain Johan sendiri merupakan seorang yang kelakar dan mudah membuat orang ramai ketawa dengan lawaknya yang spontan dan tersendiri.
Oleh: AUDREY LEE
Labels:
Artis
Aaron Aziz Hidap Penyakit Kronik 'Pneumonia'
Aaron Aziz Disahkan Hidap Pneumonia! Kata beliau : “Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor menahan saya di wad kerana keadaan ketika itu sangat teruk dan tidak berdaya.
“Saya sempat tidur semalaman di wad, namun tidak selesa dengan keadaan wad yang dipenuhi warga emas, saya minta keluar dari hospital,” kata Aaron sambil ketawa.
Selepas keluar dari wad, Aaron mengambil keputusan berehat di hotel dan diberikan cuti selama seminggu.
“Lima hari tidak dibenarkan bekerja dan saya kembali mengacara semula dalam episod keempat.
“Inilah kali pertama saya diserang penyakit pneumonia, sebelum ini tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik,” tutur Aaron.
Gara-gara tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas penggambaran filem arahan Ahmad Idham, dan terpaksa memakai pakaian basah seharian selepas memandu kereta terjun ke dalam kolam.
Tambahan pula cuaca di Cape Town mengalami perubahan setiap masa menyebabkan keadaan Aaron bertambah teruk.
Aaron mengalami masalah kesihatan ketika menjejakkan kaki di bumi Cape Town, Africa di awal penggambaran tahun lalu.
Labels:
Artis
Video Keek Pramugari Terlampau Yang Dimuatnaik Neelofa Cetus Kontroversi
Keek merupakan jaringan sosial terbaru yang menjadi kegilaan pengguna-pengguna Internet terutama untuk memuatnaik video masing-masing.
Kalau di Youtube video anda mungkin memerlukan tapisan sebelum dimuatnaik, tetapi Keek memberi peluang untuk mereka terus memuatnaik video dari telefon bimbit, webcam dan lain-lain lagi.
Ramai juga artis yang turut menggunakan perisian percuma ini. Antara mereka, termasuklah Farah Fauzana, Neelofa, Nora Danish dan ramai lagi.
Ketika kami merayau-raya di Keek.com, kami ter'tonton' sebuah klip koleksi Neelofa yang dikongsikan untuk tontonan peminat-peminatnya.
Dalam video yang berdurasi 0:31 saat tersebut menyaksikan Neelofa bersama tiga orang rakannya sedang merakamkan aksi mereka di pilot cafe. Menyangkakan Neelofa mengambil gambar, lantas mereka cuba beraksi sepontan, tetapi setelah dimaklumkan ianya rakaman video, lantas rakan-rakannya cuba berdialog.
Paling menarik, rakannya dibelakang sekali, dari suara halus tiba-tiba bertukar intonasi ketika cuba menggayakan aksi pramugari terlampau sambil memegang payudaranya yang entah kami kurang pasti keasliannya...
Pramugari terlampau - pilot cafe
Labels:
Artis
Wednesday, April 10, 2013
Gambar Graduasi Isteri Ally Iskandar
Isteri kepada personaliti popular TV3, Ally Iskandar, 37, iaitu Nur Farahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee telah selamat bergelar menjalani majlis adat istiadat majlis konvokesyen di Universiti Inha, Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.
Farah, 24, memulakan pengajiannya di universiti tersebut pada 2 Mac 2009 dan menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada 22 Februari lalu.
Sepanjang empat tahun tinggal merantau di Korea tentunya Farah berasa sedikit sedih untuk meninggalkan kampus yang telah banyak melengkapkan ilmu di dadanya itu.
Farah dan Ally selamat diijabkabulkan pada Januari tahun lalu dan kemudiannya hidup berjauhan kerana isterinya itu masih lagi menuntut di Korea demi mengejar impian serta cita-citanya.
Jom layan dulu gambar-gambar yang dikongsikan oleh Farah ini.
Labels:
Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)





























