Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Gila, Ibu hidap HIV paksa anak daranya jual dara



JOHOR BAHRU - Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.


Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata,
"semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.


“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini. Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang.

Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru. Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.

Wednesday, July 11, 2012

INIKAH YANG DIKEJAR OLEH DUNIA ARAB


Rentetan peralihan kuasa berlaku di negara Arab dengan alasan melepaskan diri dari cengkaman diktator. Benarkah? Tetapi dua perkara yang terserlah dari perubahan kuasa ini, rupa-rupanya Libya selama ini hidup dalam keadaan yang agak baik. Presidennya sendiri duduk dalam khemah. Tiada cukai pendapatan. Minyak percuma. Kita lihat pula selepas ini apa akan jadi dengan Libya era baru.
Kedua di Mesir. Perlimen luluskan rang undang-undang, sisuami boleh menyetubuhi mayat isteri sebelum dikebumikan. Apa hal semua ini. Apa yang terjadi di sebalik  peralihan kuasa.
Ini pula kejadian yang berlaku di Maghribi. Saya petik dari namaberita.com. Cuba anda baca dan buat penilaian sendiri moral berita ini.
 
Ahad, Julai 08, 2012 namaberita.com No comments
GAMBAR pada 5 Julai 2012 menunjukkan dua pasang kekasih sedang berdua-duan di sebuah pantai di Rabat, Maghribi.
 
Ulama terkenal, Omar Heddouchi bercakap pada sidang akhbar dengan Hassan al-Kettani rakan (kanan) dan Abu Hafsin (kiri) di Rabat, Maghribi.
 
RABAT, Maghribi – Tiga ulama konservatif paling terkenal di Maghribi secara terbuka membuat permintaan supaya wartawan yang menyokong kebebasan seksual di negara Afrika Utara berkenaan dijatuhi hukuman mati.
 
Tindakan itu dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath Al-Maghribia, Mokhtar el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang aktivis hak asasi manusia Maghribi yang menghalalkan hubungan seks sebelum perkahwinan.
 
Beliau membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada minggu lepas.
 
Dalam wawancara tersebut Mokhtar berkata, beliau tidak kisah jika emak atau adik perempuannya bersetuju mahu melakukan hubungan seks suka sama suka.

Saturday, July 7, 2012

Sijil untuk yang masih dara ?


Pelik tapi benar, memang status dara atau tak, diperiksa di sebuah penempatan di Afrika. Perempuan dara umumnya dikenali sebagai seorang gadis yang belum pernah melakukan sebarang aktiviti seksual. Dara atau tak memang sesuatu yang dipandang di Afrika. Satu sesi pemeriksaan dan ujian diadakan sebelum perempuan-perempuan tersebut mendapat sijil dara. Semasa ujian dujalankan gadis-gadis ini akan baring di atas tikar dan akan ada seorang wanita yang lebih tua antara masyarakat mereka untuk memeriksa vagina mereka dan mengumumkan sama ada dia masih dara atau tidak. Tujuan sebenar ujian/pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk membezakan yang mana di anatara mereka layak untuk berkahwin, dan yang paling penting adalah bagi mengelakkan menularnya wabak HIV/AIDS.






Menarik kereta dengan kelopak mata


Yang Guanghe dari China telah berjaya mnarik sebuah kereta dengan hanya menggunakan kelopak mata beliau.


Guanghe juga telah berlatih untuk melakukan hal tersebut selama 10 tahun.





Aneh: Pokok Pisang Bertandan 5



KAMPUNG KUBANG BATANG (Tumpat) - Seorang warga emas di sini, terkejut apabila pokok pisang yang ditanam berdekatan rumah menantunya mengeluarkan lima tandan dan mempunyai lima jantung.

Warga emas berkenaan, Che Amat Che Mahmud, 70, berkata, dia menyedari kejadian pelik ini empat hari lalu ketika membersihkan kawasan pokok pisang itu.

Menurutnya, pada mulanya hanya tiga tandan kelihatan, tetapi selepas itu kelihatan dua dari tandan tersebut bercabang pula menjadikan lima kesemuanya.

“Pakcik tidak mengetahui spesies pokok pisang ini kerana benihnya dari Sabah, namun buah yang keluar itu seakan buah nangka.

“Pokok pisang ini dibawa pulang oleh menantu saya, Saupi dari Sabah. Kalau berdasarkan cakapnya, pokok pisang ini berasal dari Bugis,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia tidak yakin pokok pisang ini boleh hidup subur kerana akarnya pendek seperti dipotong.

“Bagaimanapun selepas dijaga rapi, ia berbuah tetapi agak pelik kerana mengeluarkan lima tandan,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik itu menyebabkan pokok pisangnya sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat kekuasaan Allah.

“Pakcik akan biarkan pokok pisang ini berbuah hingga masak, buahnya lebat di setiap tandang walaupun di tandan yang bercabang,” katanya. 

Kecoh : ‘Khinzir’ hutan mengamuk di bandar Kuantan


KUANTAN, 6 Julai – Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat “Babi Hutan” tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang. 
Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus  berkata “Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar”. 
Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. “Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)”, kata beliau. “Selama ini kita memang selalu menengar babi mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini”, tambah beliau lagi.
Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba binatang ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?. Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi itu mahu menggantikan “gajah” sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akal hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya. Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. 
Dari mana datang babi itu?. Bayangkan jika binantang berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan “Nite Zoo” setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar. Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali binatang berkenaan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini.

Derita Budak Lelaki 6 Tahun Dari China Wajahnya Rosak Akibat Terbakar




Wang Xiaopeng mempunyai wajah yang hampir hilang sifat selepas kemalangan ngeri dua tahun lalu.

Kejadian ini berlaku apabila dia menyalakan timbunan jerami jagung dengan rokok - dan kebakaran menakutkan berlaku dengan cepat di luar kawalan.

Wang, dari Yinchuan di Wilayah Ningxia China, telah kehilangan rambut, bibir, kelopak mata dan jari selepas kemalangan ngeri.



Dia tidak pergi ke sekolah, kerana tidak ada sekolah-sekolah yang mahu menerimanya, dan dia hanya mempunyai beberapa orang kawan yang sudah biasa dengan kehadirannya.

Keluarga terpaksa mengeluarkan  simpanan hidup mereka hampir 150,000 Yuan - atas bil di hospital yang telah menyelamatkan nyawanya. Tetapi ibu bapa yg sangat sayang kepada beliau kini telah kehabisan wang dan terpaksa untuk membuat pemeriksaan selanjutnya kepadanya.

Keluarganya terpaksa menjual rumah mereka dan hidup di atas tompok kecil tanah (0.2 hektar).

Doktor Li Jinning, dari Ningxia Hospital Universiti Perubatan, berkata Xiaopeng memerlukan sekurang-kurangnya tiga fasa pembedahan untuk menyambung semula bentuk "manusia".

Setiap fasa mungkin berharga 100,000 Yuan - kira-kira bersamaan dengan £ 10.000 dalam bentuk wang British ..

Doktor Jinning berkata: "Yuran konservatif harus sekurang-kurangnya 300,000 Yuan."

Friday, July 6, 2012

Bandar Di Itali Larang Warganya Untuk Mati!


NAPLES – Apa yang kita semua tahu, ajal itu di tangan tuhan, bermakna kita tidak tahu bila ia akan datang dan kita tidak mampu menghalangnya.
Namun, peraturan yang dikeluarkan seorang Datuk Bandar di sebuah desa kecil di selatan Itali nyata sangat berbeza dengan pemahaman kita itu dan boleh dikatakan sebagai tidak masuk akal.
Datuk Bandar bernama Giulio Cesare Fava dari Bandar Falciano del Massico, daerah yang terletak 50km di utara Kota Naples mengeluarkan arahan melarang warganya untuk mati.
Peraturan itu dikeluarkannya kerana tidak tersediannya ruang perkuburan yang cukup di daerah tersebut.
Seperti dilaporkan Euro News, Fava mengatakan perintah itu dikeluarkan setelah adanya pertikaian dengan bandar bersebelahan berkaitan kerjasama untuk berkongsi tanah kubur.
“Dilarang bagi warga untuk melampaui batas-batas hidup duniawi dan untuk pergi ke dunia akhirat.
“Peraturan ini telah membawa kebahagiaan, malangnya, dua warga lansia tidak taat dengan peraturan ini,” katanya Datuk Bandar itu awal minggu lalu.
Sengketa berkaitan pemakaman itu bermula ketika del Massico menjadi kota berautonomi pada 1964 dari kota tetangga, Carinola.
Ketika sempadan kedua bandar dikaji semula, kawasan perkuburan hanya berada di Carinola. Mereka yang meninggal di kedua-dua bandar dikuburkan di perkuburan lama sehingga tidak ada ruang untuk perkuburan baru.
Malangnya, kedua-dua bandar tidak setuju pada penyelesaian tentang konsep ‘kubur bersama’.
“Ini adalah peraturan provokatif (dilarang mati), tapi saya harus mengeluarkannya dalam rangka untuk meningkatkan kesedaran di antara pihak berkuasa yang bertanggung jawab,” kata Datuk Bandar Fava.
Sejak Falciano del Massico mendapatkan autonomi pada 1964, kata Fava, del Massico belum berjaya membina tanah perkuburan.
Peraturan tersebut jelas membuat warga del Massico menggaru kepala, tanda kebingungan. “Datuk Bandar mengatakan bahawa kami tidak harus segera mati, tapi bagaimana kita boleh taat?,” kata warga tempatan yang keliru.

Budak Lelaki 6 Tahun Dari China Wajahnya Rosak Akibat Terbakar




Wang Xiaopeng mempunyai wajah yang hampir hilang sifat selepas kemalangan ngeri dua tahun lalu.



Kejadian ini berlaku apabila dia menyalakan timbunan jerami jagung dengan rokok - dan kebakaran menakutkan berlaku dengan cepat di luar kawalan.



Wang, dari Yinchuan di Wilayah Ningxia China, telah kehilangan rambut, bibir, kelopak mata dan jari selepas kemalangan ngeri.





Dia tidak pergi ke sekolah, kerana tidak ada sekolah-sekolah yang mahu menerimanya, dan dia hanya mempunyai beberapa orang kawan yang sudah biasa dengan kehadirannya.



Keluarga terpaksa mengeluarkan  simpanan hidup mereka hampir 150,000 Yuan - atas bil di hospital yang telah menyelamatkan nyawanya. Tetapi ibu bapa yg sangat sayang kepada beliau kini telah kehabisan wang dan terpaksa untuk membuat pemeriksaan selanjutnya kepadanya.



Keluarganya terpaksa menjual rumah mereka dan hidup di atas tompok kecil tanah (0.2 hektar).



Doktor Li Jinning, dari Ningxia Hospital Universiti Perubatan, berkata Xiaopeng memerlukan sekurang-kurangnya tiga fasa pembedahan untuk menyambung semula bentuk "manusia".



Setiap fasa mungkin berharga 100,000 Yuan - kira-kira bersamaan dengan £ 10.000 dalam bentuk wang British ..



Doktor Jinning berkata: "Yuran konservatif harus sekurang-kurangnya 300,000 Yuan."

Tedung Selar Bersarang di Siling



MACHANG - Dua lelaki di sini, terkejut apabila haiwan disangka biawak di atas siling rumah mereka rupanya ular tedung selar.

Mereka mula menyedarinya apabila ternampak kepala haiwan tersebut ketika mencuci rumah.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Machang, Mohd Razman Ramli berkata, ular tersebut dipercayai bersembunyi di sana agak lama berdasarkan penemuan pelbagai bangkai.

Katanya, operasi menangkap ular itu memakan masa hampir empat jam apabila ular tersebut bersembunyi di atas siling hingga memaksa anggotanya memecahkan syiling bagi memudahkan tangkapan.

“Ular itu dianggarkan seberat 10 kilogram dengan panjang, empat meter. Ia merupakan, antara tangkapan terbesar pada tahun ini.

“Operasi ini melibatkan empat anggota JPAM dan berjalan dengan lancar walaupun menghadapi kesukaran apabila ia bersembunyi di atas siling rumah,” katanya.

Mohd Razman berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak empat ekor ular tedung selar berjaya ditangkap berdasarkan aduan penduduk.

Katanya, kes melibatkan tangkapan ular antara yang tertinggi yang mana, 50 ekor ular berjaya ditangkap pada bulan lalu.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), JPAM Machang di talian 09- 9750262 atau 09-9750260 bagi mendapatkan bantuan di saatsaat kecemasan.

“PKOD beroperasi 24 jam dengan menawarkan pelbagai bantuan kecemasan sama ada kemalangan jalan raya, tempat kerja, kebakaran, lemas, tangkapan ular, memusnahkan sarang serangga dan pelbagai jenis kecemasan,” katanya.

Mohd Razman berkata, JPAM mempunyai peralatan yang mencukupi serta kakitangan terlatih dalam usaha membantu orang ramai.

Kebesaran Allah | Gambar Air Terjun Membeku


Segala fenomena alam yang ada di sekitar kita boleh menjadi suatu pelajaran bagi kita, betapa kecilnya kita di hadapan sang pencipta, seluruh alam semesta dan jaringan raya ini adalah miliknya .. Seperti pada fenomena ganjil ini ini, pernahkah anda melihat sebuah air terjun membeku dan berhenti mengalir? ini adalah satu lagi bukti Kebesaran Allah SWT .. Mari kita boleh melihat Air Terjun Beku berikut ini.



Gempar! Remaja lelaki ini mengaku pernah diliwat sebanyak 40 kali



Seorang bekas penghuni Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun di sini mendakwa pernah diliwat sekurang-kurangnya 40 kali setahun sejak berusia 12 tahun sepanjang tiga tahun ditempatkan di institusi perlindungan itu mulai tahun 2005.

Remaja yang kini berusia 19 tahun mendakwa, sepanjang tempoh itu dia menjadi mangsa deraan fizikal dan seks oral yang dilakukan oleh beberapa kakitangan dan penghuni institusi tersebut.

Menurutnya, semua perbuatan itu bagaimanapun terpaksa dirahsiakan kerana setiap gerak-geri penghuni sentiasa diperhatikan bagi mengelak mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Penyanyi Wanita Berjambang Di Austria



Conchita Wurst - Wierd or Unique? (1)
Nama sebenarnya ialah Conchita Wurst ialah Tom Neuwirth, peserta Starmania 2007 dan penyanyi asal Austria.


Conchita Wurst - Wierd or Unique? (2)

Conchita Wurst - Wierd or Unique? (3)

Conchita Wurst - Wierd or Unique? (4)

Conchita Wurst - Wierd or Unique? (5)

Conchita Wurst - Wierd or Unique? (6)

Conchita Wurst - Wierd or Unique? (8)

Conchita Wurst - Wierd or Unique? (11)

Misteri Zombie Di Russia Terbongkar


nRelate - Posts Only

LinkWithin