Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Shiro Ishii, Doktor terkejam dari Jepun yang memperlakukan manusia seperti mainan!!


Seorang doktor biasanya menolong pesakitnya tetapi berlainan pula dengan doktor yang satu ini, dia sangat terkenal kerana kekejamannya terhadap manusia.
Shiro Ishii adalah seorang ahli mikrobiologi dan ljuga Lefternan Jeneral Unit 731, sebuah unit perang biologis Tentara Jepun. Dia dilahirkan di Desa Shibayama Daerah Sanbu di Chiba, dan belajar kedoktoran di Universiti Kyoto. Pada 1932, dia memulakan eksperimen pendahuluan dalam perang biologi sebagai projek rahsia ketenteraan Jepun. Pada tahun 1936, Unit 731 terbentuk. Ishii membangun 150 gedung-gedung lebih dari enam kilometer persegi di luar kota Harbin, China.
Antara kekejaman yang dilakukan oleh Ishii dan yang lain di bawah Unit 731 ialah pembedahan makhluk hidup hidup orang (termasuk wanita hamil yang dihamili oleh doktor), tahanan dengan kaki diamputasi dan dipasang ke bahagian lain dari tubuh mereka, sejumlah tawanan dibuat beku anggota tubuhnya dan dicairkan untuk mempelajari hasil daripada penyakit yang tidak diubati. Manusia juga digunakan sebagai bahan ujian hidup untuk pelempar granite dan nyala api.
Tahanan disuntik dengan inokulasi penyakit, dengan dikatakan sebagai program vaksinasi, untuk mempelajari reaksi mereka. Untuk mempelajari kesan penyakit kelamin yang tidak ada ubat, tawanan laki-laki dan perempuan sengaja diinfeksi dengan sifilis melalui perkosaan, lalu dipelajari. Setelah diberikan kekebalan oleh Otoritas Pendudukan Amerika pada akhir perang, Ishii menghabiskan waktunya dalam penjara untuk kejahatannya dan meninggal pada usia 67 akibat kanser kerongkongan.

Saturday, July 7, 2012

Cara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna




Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah )..



Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..



1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.



2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.



3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.



4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.



5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.



6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.



7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.



8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.



9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Cara Mengenalpasti Antara Awek Jepun Dengan Korea


Memang sukar nak membuat pilihan antara kedua-duanya, sebab kalau kecantikan yang dijadikan ukuran; kedua-duanya sangat cantik dan sedap mata memandang. Ramai yang mengidamkan untuk memiliki kekasih ibarat Masami Nagasawa, Toda Erika, Kyoko Fukada, Maki Horikita, Ayase Haruka, Goo Hye Sun, Go Younha, Choi Ji Woo, Kim Hye Sun, Song Hye Gyo dan ramai lagi.

WANITA JEPUN












Wanita Jepun secara umumnya memiliki keperibadian yang sopan-santun, lemah-lembut, menarik dan lebih menghormati pandangan orang lain. Bagi mereka perkataan ‘Tidak’ sangat janggal serta ketika menolak sesuatu pelawaan dengan “eemmm… Dari pengertian orang-orang lama,  itu merupakan tanda penolakan yang cukup sopan dan kita semua harus mengerti maksud mereka.
Mereka juga sangat mudah bersifat ramah dengan sesiapa pun hatta mereka tidak mengenali anda sebelumnya. Dari segi kecantikan, biasanya wanita Jepun disebut cantik jika memiliki kulit putih bersih serta sihat, tidak ada tanda hitam di wajah, dan berambut lurus. Mereka juga sangat berdisiplin dari aspek menjaga wajah agar tetap cantik.
Dari segi perhubungan, mereka tidak terlalu memilih-milih pasangan seperti kebanyakan wanita Korea. Majoriti yang sudah berkahwin lebih cenderung memfokuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

WANITA KOREA












Wanita Korea secara umumnya cerdas, kelakar, dan berdikari tetapi hasil dari tinjauan Yahoo Answer dan forum-forum yang lainnya, ramai yang berpendapat mereka ini galak, kasar, memilih-milih teman, mereka juga tidak mudah rapat dengan orang lain kecuali dengan orang-orang Korea sendiri. mereka lebih Racist terhadap orang-orang luar.
Dari hasil kajian, didapati 29% masyarakat korea selatan membenci Jepun (anti-Japanese sentiment) atas alasan yang tidak diketahui. Wanita Korea juga terlalu berlebih-lebihan dalam mempamerkan kecantikan dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kekal cantik. Maka, tidak hairanlah ramai artis mereka yang melakukan pembedahan plastik (plastic surgery). Mereka juga lebih materialistik.
Biasanya wanita korea ketika makan mereka akan makan dengan mulut terbuka dan mengeluarkan suara, ini tentu saja sangat tidak sopan dan kasar di mata orang Jepun.

Lagi Kaum yang Aneh


Suku Korowai adalah suku kaum yang ditemui di Papua New Guinea. Suku kaum yang baru ditemui 30 tahun lalu dan terasing daripada pembangunan. Selain itu, mereka juga mempunyai budaya kanibal. Gambar-gambar ini menunjukkan rumah yang mereka di atas pohon-pohon yang sangat tinggi bagi mengelakkan dari gangguan binatang.









Friday, July 6, 2012

TERUNGKAP, MUMMIA MESIR BERUMUR 1700 TAHUN BERPAKAIAN WANITA



Sebuah mummi Mesir berusia 1.700 tahun ternyata anak laki-laki, meskipun menggunakan pakaian perempuan. Ia juga disebutkan mengalami pendarahan otak fatal.

Anak kecil yang diperkirakan hidup pada tahun 350 ini menjalani imbasan komputer untuk mencari jenis kelamin sebenarnya. Ternyata, mummi yang berada di Saffron Walden Museum, Essex, ini adalah lelaki.
Kajian sebelumnya mendapati bahawa mummi itu dibungkus pakaian yang merupakan simbol feminin. Ia juga mengenakan penutup dada dan gelang wanita. Namun, berdasarkan imbasan di Rumah Sakit Addenbrooke, Cambridge, misteri diselesaikan.
Anak laki-laki ini berusia empat hingga lima tahun dan mengalami retak tengkorak, pendarahan otak dan patah tulang leher sebelum meninggal. Kurator muzium Carolyn Wingfield mengatakan bahawa mummi itu berusia dua hingga tiga tahun lebih muda daripada anggaran.
Berdasarkan imbasan, ujar Wingfield seperti dikutip dari Daily Mail, organ dalam, tulang dan lapisan pembungkus disahkan bahawa mumia ini adalah lelaki. Tidak ada bukti penyakit. Dianggarkan, anak ini mengalami kemalangan atau ditimpa suatu benda sebelum meninggal.

Namun, alasan mengapa mummi ini menggunakan simbol perempuan masih misteri. Mummi tersebut diperkirakan berasal dari tempoh Ptolemaic, saat Mesir diperintah oleh dinasti awal Greece. Mummi itu ditemui di perkuburan Deir-el-Bahri, Thebes kemudian dibawa ke Inggeris. [Ito]



Ancient mystery: experts at Addenbroke 's hospital discovered the mummified child sustained serious injuries



Broken bones: X-rays showed that both the child 's skull and collarbone were fractured




Gender issue: the doctors hope further tests will determine whether the child was a boy or a girl


KISAH MISTERI BRUCE LEE MATI KERANA TEWAS DENGAN SILAT MELAYU




Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.
Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.



Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.)

Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita – berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.

Gambar Seorang Lelaki Cacat Mahu Menawan Gunung Everest | The Walking Wounded

Lelaki ini, Private Jaco van Gass, merupakan bekas tentera yang telah kehilangan tangannya dalam satu peristiwa pengeboman di Afghanistan pada tahun 2009. Walaupun kini hidup tanpa tangan kiri namun keazamannya terus membara untuk mendaki dan menawan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang dipetik dari laman web The Telegraph menunjukkan semangat juang van Gass. 

van Gass sedang menguji peralatan pendakian yang direka khas untuknnya.




Van Gass mendahului kumpulan tersebut dalam perjalanan

Antara laluan menuju ke Gunung Everest di Nepal

van Gass sedang membuat persiapan sebelum pendakian.

Kumpulan walking with the wound.
Sebenarnya, bukan van Gass seorang sahaja yang 'kurang upaya' di dalam pengembaraan mendaki Gunung Everest tersebut. Dia turut disertai oleh rakan-rakan seperjuangan dalam perang Afghanistan yang juga turut cedera. Sebab itulah pendakian mereka ini dipanggil 'Walking with the Wounded'.

nRelate - Posts Only

LinkWithin