Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Mayat Tak Diterima Bumi, Berlaku Di Pahang


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).
Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau
mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.
Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar.
Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang.
Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.
Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.
Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar.
Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang
dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya.
Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah.
Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur.
Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya.
Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja.
Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar.
Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid.
Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar.
Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!!
Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

Friday, April 20, 2012

Wanita rakam gambar hantu di kubur


Wanita rakam gambar hantu di kubur


GAMBAR rakaman English yang disiarkan di beberapa blog dan akhbar Daily Telegraph semalam menunjukkan dua imej kanak-kanak (dalam bulatan) sedang berjalan di tanah
perkuburan St. Mark, selatan Sydney.

Semasa dia merakamkan gambar itu, tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.

Imej itu kini menjadi perdebatan hangat sama ada mereka ialah kanak-kanak yang meninggal dunia 60 tahun lalu.

Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon.

Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.

Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut.

"Apabila memuat naik gambar kami (dia dan keluarganya), melihat kanak-kanak itu. Semua bulu roma saya kemudian berdiri dan saya berasa seram sejuk.

"Saya tidak dapat tidur dan saya tidak akan melihat filem seram lagi," katanya.

Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.

sumber

Monday, April 9, 2012

Penjelasan Berhubung Rumah Didakwa Berhantu Di Seksyen 2 Shah Alam

Kisah rumah didakwa berhantu di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor tersebar melalui internet, media cetak dan cerita dari mulut ke mulut.

Jam 12.30 malam tadi saya dan 2 kru 666, Razali serta Farid menuju ke Seksyen 2, Shah Alam.

“Mana satu rumah dikatakan berhantu?,” tanya Razali kepada pengawal sekolah berhampiran.

“Jalan depan, sampai simpang belok kiri, rumah sebelah kanan, hujung sekali,” balas pengawal sama.

Sebaik tiba berhampiran rumah terbabit, kami keluar dari kenderaan. Razali dan Farid pantas memasang kamera pengesan pergerakan Infrared di tepi jalan menghadap ke arah rumah dimaksudkan.


Kamera terbabit berupaya merekod gambar pegun dan menghasilkan rakaman video berdurasi 10 saat sebaik pegerakan dikesan di sekitar kawasan hadapan lensa.

Kami kemudian bergerak kira 100 meter dari rumah itu dan mengeluarkan peralatan lain.




Perakam audio parabola membenarkan kami mendengar bunyi di sekeliling secara lebih jelas manakala jangkasuhu infrared digunakan untuk menyukat suhu sekitar.

Jam 1.15 pagi kami terlihat sekumpulan remaja berjalan ke arah lokasi kami berdiri.

“Assalamualaikum! Boleh tumpang tanya sikit?,” soal Farid.



Biar pun kelihatan teragak-agak, mereka memberikan jawaban kepada soalan dikemukakan oleh Farid sambil diperhatikan Razali.

“Mana satu rumah dikatakan berhantu di sini?,” tanya Farid.

“Itu,” ujar gadis bertudung putih.

Mereka, pelajar kolej berusia di antara 18 dan 19 tahun.




Seperti dijangka sejak awal, dia menunjukkan kami rumah dua tingkat berpagar tersergam tanpa diterangi cahaya lampu. Rumah sama seperti saya lihat dipaparkan dalam beberapa blog sebelum ini.




Perhatikan peti surat di pagar, tiada tertera nama pemilik mahu pun alamat rumah.



“Macam mana awak tahu rumah ini berhantu?,” soal saya.

“Ada kakak kakak serumah, pernah kena kacau,” ujarnya.

“Kena kacau macam mana?,” soal saya spontan.

“Beg lugage dia orang kena alih. Bila dibaca ayat Al-Quran, lugagae itu macam kena hempas, kira macam ‘benda’ itu marah,” jelasnya.

“Dia orang nampak ke ‘benda’ menghempaskan beg itu?,” tanya saya.



“Tidak,” balasnya ringkas.

Malangnya dia bercerita berhubung kejadian didakwa berlaku di rumah sewa bertentangan dengan rumah dua tingkat terbabit.




“Rumah dua tingkat ini pula, apa ceritanya?,” soal saya lagi.

“Pernah ada orang nampak macam orang tua perempuan di dalam rumah,” ujarnya.





“Ada gambar pegun, video atau audio dirakamkan sebagai bukti?,” soal saya.

“Tidak ada,” balasnya.

Sedang kami berbual, Farid menghampiri rumah terbabit dan cuba menyukat suhu sekeliling.

“Tujuh puluh satu darjah Fahrenheit,” katanya.



Suhu normal.

Razali kemudian mengambil alih tugas itu dan gaya bapa kepada 2 anak itu kelihatan tidak ubah bak juara menembak peringkat kebangsaan.



Sewaktu Farid merakamkan gambar pegun, saya menggunakan perakam audio parabola.

Sebaik alat itu dihalakan ke arah rumah, saya terdengar bunyi cicak, bunyi seperti pintu dibuka dan perabot dialihkan.



Spontan saya memegang beg kecil di dalam poket mengandungi minyak wangi Kasturi Syifa’.

“Saya pun tadi mendengar bunyi sama bro. Lagi pun kawasan ini bising, mungkin bunyi dari rumah di belakang atau rumah sebelah,” jelas Razali kelihatan tenang.




Kira-kira jam 1.50 pagi, seorang daripada rakan serumah 3 gadis terbabit datang menghampiri kami. Dia berusia 24 tahun, berasal dari Selangor dan kedengaran petah berkata-kata.




“Sebelum ini orang selalu kacau,” katanya.

“Dikacau bagaimana?,” soal saya.

“Pernah satu malam, kira-kira 15 orang tua tua datang berdiri di jalan ini. Dia orang ambil gambar dan cuba memanjat pagar. ‘Benda’ itu, bukan ke kalau dikacau, dia akan kacau kita balik?,” dia bertanya.

“Benda apa?,” saya pura-pura tidak faham kenyataannya.

“Hantu itulah,” jawabnya spontan.

Sekadar ingin mencari kebenaran, soalan berikutnya saya ajukan.

“Macam mana awak tahu rumah ini benar benar berhantu?”

“Orang cakap rumah ini berhantu,” balasnya yakin.

“Jadi kalau orang cakap rumah ini berhantu, semestinya berhantu ke? Biar pun setakat ini memang tidak ada bukti nyata?,” tanya saya.

Dia terdiam seketika.

“Orang cakap, ada mayat ditanam di dalam rumah ini,” katanya.





Andai kata dakwaan itu benar, saya yakin puluhan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terletak kurang 2 kilometer telah lama ‘berkampung’ untuk menjalankan siasatan terperinci di rumah sama.

Pasukan forensik juga pasti tidak kering keringat merungkai dan menganalisa bahan kes.

Saya kira, dakwaan dihebahkan secara semberono dari mulut ke mulut itu memburukkan imej rumah dan pemilik.

“Pernah ternampak orang tua datang mengambil surat, bila ditanya, boleh ke kami sewa rumah ini? Dia marah,” jelas pelajar itu lagi.

Terfikir, barangkali orang tua itu sudah terlalu muak mendengar cerita seram disebarkan. Dia juga mungkin kerugian.



“Rumah bawah awak duduk sekarang, berapa sewa sebulan?,” soalan saya ajukan.

“Sembilan ratus ringgit,” jawabnya.

Jika tidak didikatakan berhantu, kru 666 menganggarkan sewa bulanan rumah dua tingkat terbabit mampu mencecah RM1,300. Kini, maklumat tercatat di internet mendakwa tiada penyewa sanggup menetap di rumah itu biar pun dengan bayaran RM50 sebulan.

Kru 666 tidak berpeluang melakukan tinjauan terperinci kerana premis itu berpagar dan kami tidak berhajat melanggar undang-undang kerana menceroboh.

Setelah diteliti, kamera perakam pergerakan di tempatkan berhampiran pagar rumah tidak merekodkan visual entiti paranormal.

Namun, kamera digital merakamkan bebeapa gambar pegun entiti dipercayai orbs atau sekadar habuk berterbangan.




Sejak sebulan lalu, kru 666 berhasrat menghubungi pemilik rumah tetapi gagal. Kami ingin memohon kebenaran beliau untuk bermalam di rumah itu dan menjalankan tinjauan sekaligus cuba menyingkap fakta di sebalik rumah dikatakan berhantu itu.

Seperkara lagi, 666 terfikir, mungkinkah kisah seram menyelubungi rumah itu hanya sekadar rekaan sahaja? Atau barangkali gambar rumah sama dirakamkan secara rawak dan pemilik terpaksa menerima bahana?



Untuk berita susulan, klik di sini.

Rumah Berhantu Seksyen 2 Shah Alam

Mari kita ikuti kisah yang seremm ini…tak tahu nak kate cerite betul or tak, hanya Tuhan yang tahu….



Kepada penulis asal cerita ini…terima kasih la kongsi cerita ni..

Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni…sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal..
_______________________________________________

TRUE STORY?
Huhuhuhu seram juga cerita nih.9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
-Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah….
-Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya…
-Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi “dagu” orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.







Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku….taik betul diorang ni.



Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk “Bila masa pulak kami tengok dvd ?”. Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul…..kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss……

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la…nokia 3310…

Saturday, March 24, 2012

Inilah gambar kuntilanak yang didakwa penduduk Indonesia

GAMBAR kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh seorang penduduk di Talang Ubi, Sumatera Selatan pada bulan lalu.

Seorang penduduk mendakwa berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di atas dahan sebatang pokok nangka di Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan, lapor laman Berita8 semalam.

Dalam gambar itu, kuntilanak tersebut tidak menampakkan wajahnya tetapi rambut yang panjang mengurai.

Di Indonesia, hantu kuntilanak dipercayai berasal daripada wanita hamil yang meninggal dunia.

Gambar itu dirakamkan oleh seorang penduduk di Talang Ubi Timur yang hanya dikenali sebagai Edi pada bulan lalu.

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:

1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR

HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2.BANGLO MONA FANDEY

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU


Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4.LEBUHRAYA KARAK


Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini.Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU


Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.


6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND


Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:


7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang - lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8.Institusi St Michael, Ipoh - Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak - Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution, Kuala Lumpur - Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tungku, Kuala Lumpur - Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok, Sabah - Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu - Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

Tuesday, March 13, 2012

Dibelakang lelaki ini ada pontianak?

Seram nih . .betul2 atau buatan manusia je? Tingkat tinggi pulak tu . .hu

Monday, March 12, 2012

Kepala siapa sebelah perigi tu?

Seram nih . .nampaknya macam bermisai . . .


Terdapat hantu wanita dalam gambar kelas ini

Siapa la ni agaknya? Siang2 pon dia muncul . .jelas pulak tu . .ishhh . .


Ada pontianak dibelakang lelaki ini?

Apabila pontianak muncul mahu mandi . .kebetulan mamat ni ambil gambar . .terus tersebar meluas di internet . .


Wajah misteri apakah disebelah lelaki ini?

Dah kontrol macho dah. .ada pulak yang kacau . ..seram teman . . .


Ada pocong sedang mengintai ditingkap kelas ini?

Nak belajar sekali la ni kot . .indon ni sering skali terjadi kejadian misteri . . .


Kelibat misteri apakah dibelakang lelaki kacak ini?

Ada jugak yang nak bergambar . .Peace y0ooo . .

nRelate - Posts Only

LinkWithin