Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

[Video] Ular gergasi muncul semasa banjir besar Sungai Rajang, Sarawak


Gambar ini dikatakan diambil dari helikopter semasa banjir besar Sungai Rajang baru-baru ini. Lokasi gambar adalah di Ulu Kapit, Sarawak. Badan ular sebesar tong drum dan dikatakan sepanjang 100meter. Ular besar ini digelar 'Nabau' oleh penduduk tempatan.

Analisis gambar di atas menunjukkan ianya adalah gambar penipu. Kalau ular sebesar tu berenang atas permukaan air, mana kocakan ataupun riak airnya?
Benar-benar ada ke ular bersaiz raksasa macam ni kat Sarawak? Anakonda? Namun, kalau dah sungai yang sebesar ini, macam-macam haiwan boleh ada kat dalamnya. Berita ni kecoh dalam suratkhabar Utusan Sarawak. Ada sekeping lagi gambar, tapi tipu punya la.

Juga teringat kes ikan puyu sepanjang tiang elektrik yang muncul masa banjir besar tahun 70an di semenanjung Malaysia. Ikan puyu raksasa tu, benar-benar wujud ya adik-adik. Pokok yang kena libas ngan ekor ikan tu masih berbekas hingga ke hari ini.

Friday, April 20, 2012

[Video] Akibat Payudara Terlalu Besar




Ape kelebihan mempunyai payudara besar?..untuk menarik perhatian?..untuk menonjolkan yang anda mempuyai payudara besar?..tonton video di bawah ini yang menunjukkan keburukan mempuyai payudara besar

Wednesday, April 18, 2012

[Video] Kempen Mengundi Dengan Separuh Bogel


Mungkin terlalu teruja mahu berkempen dan menggesa rakyat keluar mengundi, seorang artis wanita Korea sanggup muncul separa bogel di khalayak ramai dengan hanya mengenakan bikini seksi, bercelana dalam dan bercoli sahaja. 

Artis wanita itu, Nancy Lang, menggayakan bikini putih bertulis “LOVE” di bahagian dadanya, berkasut tumit tinggi berwarna merah dan meletakkan patung kucing di bahu kirinya sambil memegang sepanduk bulat tertulis perkataan “Ang”. 


Menulis di blognya, Nancylang.com, artis pop Korea itu menjelaskan bahawa perkataan “Ang” membawa maksud comel dan seksi serta membayangkan bahawa ia juga merupakan simbol semangat positif golongan muda negara itu di era yang baru. 


Manakala mengenai perkataan “LOVE” berwarna merah yang ditulis dengan gincu bibir di bahagian buah dadanya itu mewakili dirinya yang mahu melihat sebuah dunia yang penuh dengan perasaan kasih sayang, aman dan berjiwa seni. 


Selain itu, Nancy melalui kru produksinya, Nancy & Astronaut Production, turut merakam aksinya berbikini di sekitar bandaraya Seoul yang kemudiaanya dimuat naik ke laman Youtube dan menarik lebih dari 65,000 penonton dari seluruh dunia dalam masa beberapa hari.
Menariknya, mungkin disebabkan Nancy bersepara bogel, peratusan mengundi di Korea Selatan meningkat sebanyak 8 peratus kepada 54.3 peratus berbanding pilihanraya umum sebelumnya.

Wednesday, April 11, 2012

[Video] Tidak pernah berlaku, Air Danau Toba berpusar


Gempa berkekuatan besar dengan kekuatan 8.5 skala Richter yang melanda Pulau Sumatera pukul 15.38 Waktu Indonesia Barat terasa hingga Medan, Sumatera Utara.

Getaran gempa terasa cukup kuat berlaku kurang lebih 5 minit. Gempa juga terasa di sekitar wilayah Danau Toba. Seluruh masyarakat Parapat dan Pulau Samosir yang rumahnya berada di tepi danau ketakutan dan berlari ke luar rumah masing-masing.

Ketika itulah, fenomena aneh dilihat warga terjadi di Danau Toba, gunung berapi yang terbesar di Indonesia, bahkan di Asia Tenggara.

Air Danau Toba yang biasanya tenang, nampak berpusar bak aliran sungai deras, hingga warga yang sempat menyaksikan menjangka akan terjadi tsunami dari tengah danau. Tak sedikit warga yang panik dan khawatir.

Hingga saat ini tak diketahui apa penyebab air Danau Toba bergolak. Lihat videonya di tautan ini.

[Video] Detik mencemaskan yang sempat dirakam semasa gempa di Aceh


Di bawah ini adalah keadaan di Acheh semasa gempa bumi tersebut berlaku. Ini adalah video yang terkini mengenai Gempa Bumi yang melanda acheh, sumatera.

Monday, April 9, 2012

[Video] Rakaman video ular raksasa di Iceland

Kelibat ular raksasa yang dirakam sedang meluncur di perairan bersalji di Iceland minggu lepas kini menjadi bualan dan perdebatan hangat dikalangan penduduk setempat.

Rakaman tersebut telah di tonton ribuan orang melalui internet dan ia telah dikaitkan dengan seekor lagenda ular raksasa iaitu "Raksasa Loch Ness", yang telah diperkatakan selama tujuh abad di negara tersebut.

Adakah ia benar-benar raksasa? Atau salah satu lagi rekayasa? The truth is out there... =)

Saturday, April 7, 2012

[Video] Askar Marin US Kencingkan Mayat Taliban

Meluat, menyampah dan menjijikkan aku tengok tindakan askar marin Amerika yang buat aksi kencingkan mayat rakyat Taliban. Video ini telah dirakam oleh individu tertentu dan askar-askar ini sengaja melakukan tindakan yang keji tu. Sebenar video rakaman ini telah dipaparkan di laman web Liveleak.com dan sekarang ni, pihak USA tengah buat siasatan sama ada video tersebut benar ataupun tidak.





Kalau berperang pun, berperang jelah, janganlah buat kerja yang menjijikkan macam ni dan mengaibkan jenazah.Dan dari video ni, nampak mayat tu macam rakyat je melalui baju mereka lah, dan mungkin bukan askar Taliban. Apa komen korang? Sumber

Tuesday, March 27, 2012

[Video] Skandal Rakaman Video Seks Penyanyi Tersebar!


London – Penyanyi dari United Kingdom, Tulisa Contostavlos, menarik perhatian dunia hiburan antarabangsa apabila tampil mengesahkan bahawa gadis di dalam video seks yang hangat diperkatakan baru-baru ini di internet adalah dirinya.

Sedih dan kecewa dengan penyebaran yang memalukan dirinya itu, Tulisa menjelaskan bahawa dia menyedari kesilapannya dahulu dan menegaskan bahawa dia tidak akan duduk diam serta membiarkan dirinya terus dianiaya.

Menceritakan mengenai video seks tersebut, penyanyi berusia 23 tahun itu menyatakan bahawa dia telah dianiaya oleh bekas teman lelakinya yang sangat dicintainya dahulu, Justin Edwards atau lebih dikenali sebagai Ultra.

“Saya mula bercinta dengan Ultra sejak berusia 17 tahun…

“Saya pernah berpindah masuk tinggal dirumahnya, cinta saya padanya sangat mendalam dan sangat menghormatinya, kami sering berbicara mengenai anak dan perkahwinan..,” katanya yang dipetik rakaman video khas di Youtube bagi menjawab isu skandal yang mengaibkan dirinya itu.

Menurut Tulisa, dia tidak terkejut dengan penyebaran video seks tersebut memandangkan pernah diberi amaran oleh kenalan-kenalannya mengenai Ultra yang dikatakan cuba menggunakan rakaman tersebut untuk mengugutnya untuk mendapatkan wang atau memusnahkan kariernya.

Dia memberanikan diri untuk bertemu dengan Ultra untuk mendapatkan penjelasan mengenainya, namun bekas teman lelakinya itu menafikan perkara tersebut dan Tulisa yakin bahawa lelaki yang pernah dicintainya itu berbohong.

“Saya bersemuka dengannya dan dia berbohong. Dia nafikan sepenuhnya dan kini video tersebut tersebar di talian (internet).

“Seperti yang anda lihat, saya (hampir) musnah, saya kecewa, saya terpaksa hidup di dalam kepahitan dalam masa beberapa hari ini.

“Apabila anda berkongsi hubungan intim anda dengan seseorang yang anda sayangi, seorang yang anda ambil berat dan percaya, anda tidak akan terbayang bahawa detik-detik tersebut akan dikongsi bersama orang di seluruh UK (United Kingdom) dan di seluruh dunia,” katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Skandal video seks Tulisa berdurasi selama 6 minit tersebar di internet baru-baru ini dan memaksanya mengarahkan peguam untuk mendapatkan injunksi melarang rakaman tersebut disiarkan dalam apa jua bentuk medium.


Dipercayai rakaman tersebut yang memaparkan Tulisa sedang mengadakan hubungan seks dibuat oleh teman lelakinya itu menggunakan telefon bimbit. – Mynewshub.my

Wednesday, March 21, 2012

[Video] Rakaman penuh CCTV Rafizi dilanggar dari belakang


Al-Fatihah...Takziah buat keluarga Rafizi...

Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati pemandu kereta gagal mengawal keretanya lalu merempuh basikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak,” katanya.

Katanya, usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan dan pihaknya yakin mangsa dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan nombor pendaftaran yang ditemui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Saturday, March 10, 2012

[Video] Akibat beli motor buatan China kan dah terbelah dua



Tajuk video ini sebenarnya, Motor Made In China....aku tak sangkah...bolehnya motorsikal ini jadi macma tu......motorsikal lama kot!

[Video] Apabila awek cun bertumbuk

Awek ni kalau buat kekasih hati memang kena dah. Cantik, cun, ayu, mantop dan sebagainya. Tapi boleh pulak bertumbuk dengan kawan sendiri. Tak jadilah nak buat kekasih hati, nanti aku pulak kena belasah. Kalau tengok dari gaya bertumbuk, takut jugak aku nak masuk campur. Tak pasal2 dapat sebijik kat muka. Ini bukan main tarik rambut punya awek, main penumbuk dan libas tau. Bahaya wooo..


Friday, March 9, 2012

[Video] Perempuan Lahirkan Bayi Mirip Monyet


Mungkinkah dunia yang memang sudah Tua.sehingga banyak Fenomena yang muncul,keanehan yang tidak wajar.


Sebagai manusia yang beriman dan mengerti ini merupakan firasat dan pertanda bahAwa Tuhan telah menunjukkan kuasanya.[gistink.info]



Tuesday, March 6, 2012

Video Ini Akan Membuatkan Wanita Memakai Tudung

Video Membuatkan Anda Memakai Tudung
Dengar lah wahai sekalian umat terutama sekali kaum hawa yang tidak menutup aurat.Video ini membuatkan anda memakai tudung akan tetapi terserah pada orang yang melihatnya. Lihat Video Ini Dibawah :-

Monday, March 5, 2012

Thursday, March 1, 2012

[Video] Amah mencampurkan air kencing dalam makanan keluarga majikan

Seandainya rakaman cctv ini ditonton sebelum mereka menjamah makanan yang dihidangkan, selamatlah sekeluarga pak arab ni dari resepi khas yang disediakan oleh pembantu rumahnya. Namun jika sebaliknya… “Masakan kamu hari ini luar biasa sekali, wahai pembantu rumahku… sangat sedap”. Mungkin itulah kata2 pujian majikannya… Oh Tidakkkkk…

[Video] Warga emas kantoi masturbasi dalam kedai

Apa Celop! Ini macam olang pun ada ka? Tatak sivik… tatak malu punya olang tua ohhh.

Wednesday, February 29, 2012

[Video] Banyak betul ulat yang masih hidup dalam mata lelaki ini


Adakah anda pernah melihat banyak ulat di mata manusia yang masih hidup?




kalau anda berani boleh lihat video di bawah





nRelate - Posts Only

LinkWithin