Wednesday, April 17, 2013

10 Gambar Mesra Bagaikan Suami Isteri Hans Isaac Dan Neelofa










Gambar Seksi Nad Zainal Pakai Kostum Catwoman


Wahhh, nampaknya Malaysia pun sudah ada “Catwoman” sendiri.
Anda masih ingat Nad Zainal? Pelakon wanita berusia 22 tahun yang pernah berlakon bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama “Bukan Bidadari” ini telah memuat-naik beberapa keping foto dirinya memakai kostum “Catwoman” ke laman Facebook.

Nad yang kini sedang meningkat naik didalam industri hiburan turut dilihat memakai topeng watak kartun Hollywood tersebut sambil memegang cemeti. Seksi uols!

Tuesday, April 16, 2013

Saya Belum Bersedia Luah Isi Hati Ini – Zizan Razak


Siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Zizan Razak ini? Juliana Evans? Kaka? Emma Maembong? Atau mungkinkah Nora Danish? Menjadi persoalan betul apabila Zizan mengakui yang dia sudah jatuh hati dengan seorang wanita yang rapat dengan dirinya.
zizan razak
Yang menariknya, sempena hari jadi Zizan, wanita tersebut menghadiahkan sebuah iPhone 5 kepadanya. Untunglah Zizan. Namun begitu, wanita tersebut masih tidak mengetahui isi hati Zizan kerana dia masih tidak meluahkannya. Kata Zizan kepada Mstar Online:-
Saya memang berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya. Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya.
zizan
Zizan mengakui yang dia jatuh hati dengan wanita tersebut kerana wanita tersebut bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi. Namun persoalannya di sini, siapakah wanita tersebut? Marilah kita meneka secara berjemaah. Siapa teka betul Abang Nara bagi iPhone 5 sebijik. Amboi ~~

Pelajar Melayu Bertudung Gaduh Dalam Sekolah

(8 GAMBAR) Nabila Huda Dan Nas-T Bercuti Di Bali


Amboi, seronoknya Nas-T dan Nabila Huda bercuti di Bali bersama-sama. Jeles Abang Nara melihat gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh Nabila di Instagramnya. Memang nampak sangat mereka berdua tengah mabuk dalam percintaan. Romantis gitu ~~
nabila dan nas t bali
Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah Nabila Huda. Adakah Nas-T lelaki yang dicari-cari selama ini selepas kecewa di dalam beberapa episod percintaan sebelum ini? Semoga hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin hendaknya. Sama-samalah kita doakan.
kupu kupu
Nanti Abang Nara nak ajak wife berbulan madu di Bali dan buat posing seperti gambar di atas. Pasti romantis bangat!!! Lagi 6 keping gambar Nabila Huda dan Nas-T di Bali dengan membaca entri ini sepenuhnya.
kupu kupu
kupu kupu
kupu kupu
kupu kupu
kupu kupu
kupu kupu

7 Gambar Hot Tiz Zaqyah Dengan Gaun Lutsinar

#Pakaian ini dikenakannya ketika Anugerah Skrin 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Lama dah, tapi still sexy.













10 Gambar Bukti Cinta Itu Memang Buta



Ada orang kata cinta itu macam kurap,makin digaru makin sedap.Ya ke erk?..haha tak pernah kena kurap,tak tau pulak.Cinta buta pulak memang jarang berlaku.Apapun kalau dah jodoh,bagai pinang di belah dua belas pun tak jadi hal.Tak caya? lihat 10 gambar dibawah.Jangan jeles plak yer.Zaman sekarang duit segalanya.









Monday, April 15, 2013

(2 LAGI GAMBAR) Anak Lelaki Fasha Sandha & Rizal Ashram


Masih ramai yang tidak puas menatap wajah comel anak sulung hasil perkongsian hidup Fasha Sandha dan Rizal Ashram. Di bawah Abang Nara kongsikan gambar yang telah di”upload” oleh Jejai sendiri di Instagramnya.
gambar anak fasha sandha
Sekali pandang, memang mirip muka Fasha Sandha. Dengan hidung mancungnya itu, pasti anak mereka berdua akan kacak bergaya apabila meningkat dewasa kelak. Turut sama hadir ketika kelahiran ialah ibu dan bapa Jejai.
gambar anak fasha sandha
Tidak sabar rasanya untuk mengetahui nama si comel ini. Semoga putera sulung Fasha dan Jejai akan membesar dengan penuh sihat dan dilimpahi kasih sayang. Sama-samalah kita doakan. Amin ~~

Saturday, April 13, 2013

Sadis! Anak Penggal Kepala Bapa Sendiri


Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya.

Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney.

Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42.


“Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah kediaman di Bankstown pagi tadi,” kata anggota polis.


Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi dan bertindak ekoran laporan ada kejadian keganasan domestik di kediaman berkenaan.

“Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas ambulans,” kata pemangku ketua polis Bankstown, Superintendan Glen Fitzgerald.

Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya.

Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning Herald: “Semua terkejut dan sangat sedih.

“Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak disangka akan berlaku,” katanya.

Kepala Budak Usia 16 Bulan Membesar Dengan Luarbiasa


Kepala Budak Usia 16 Bulan Membesar Dengan Luarbiasa-Runa-Begum-

Kepala Budak Usia 16 Bulan Membesar Dengan Luarbiasa | Seorang budak perempuan berusia 16 bulan, Runa Begum menghidap penyakit kepala membesar sehingga kepada saiz yang tidak normal di Kampung Jirania Khola di negeri Tripura, India semalam.

Menurut ibunya, Fatima, otak Begum mengandungi banyak cecair sehingga mengakibatkan kepalanya membesar sejak dilahirkan.

Kepala Budak Usia 16 Bulan Membesar Dengan Luarbiasa-Runa-Begum-

Beliau berkata, doktor-doktor di kampungnya gagal untuk menyembuhkan anaknya itu.


Bapa Begum, Abdul Rehman yang bekerja di sebuah kilang bata berkata, masalah kewangan keluarganya menyebabkan mereka gagal untuk menemui doktor pakar. - Agensi

Gambar Shafik Cili Padi Dulu dan Sekarang

Nik Fariz Nik Fadzil memang terkenal dengan wataknya sebagai Shafik didalam drama bersiri remaja, Cili Padi yang disiarkan pada tahun 1993. Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satu memang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama.Turut sama membintangi rancangan itu adalah Melissa Saila, Tam Suhaimi(Salim), Anne Ngasri(Lili) dan Jaafar Onn(Cikgu Jaafar). Masa berlakon cerita Cili Padi ni, Nik Fariz baru berumur 10 tahun.

Sekarang dia dah berumur 28 tahun dan dah jadi ayah dah pun kepada seorang anak perempuan yang kini berumur 1tahun 5bulan! Mesti cute anak dia sebab ayahnya pun cute! hahaha. Ok jom tengok gambar Nik Fariz semasa dia kecil dan apabila dewasanya dia.

Nik Fariz semasa membintangi Cili Padi pada tahun 1993…




Semasa dewasa…
Mel: Memang kacak la Melissa Saila dalam cerita Cili Padi tu! Idola tu!

Inilah Permainan Popular Yang Telah Membunuh 183 Remaja

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat sesak nafas semasa bermain sejenis permainan berbahaya yang kini dikatakan menjadi kegilaan di internet.

Brandon Stine (gambar) ditemui mati di dalam biliknya di Michigan, Detroit.

Ibu bapanya percaya bahawa anaknya itu telah bermain permainan "pass out", di mana pemain-pemain akan dengan sengaja menghentikan pengaliran udara ke otak agar mereka tidak sedarkan diri.

Di dalam permainan ini yang juga dikenali sebagai tap out, hangman, elevator, dan blackout, kumpulan remaja biasanya akan berpasangan di mana dua orang pemain ini akan menghentikan pengaliran udara ke otak antara satu sama lain dengan cara mencekik leher. Dengan ini individu yang dicekik akan hilang kesedaran (pensan) untuk jangka waktu yang singkat. Namun permainan ini juga boleh dilakukan sendirian.

Baru-baru ini permainan ini mendapat publisiti yang begitu hebat terutamanya di internet, apabila ramai remaja yang berkongsi gambar di facebook serta memuat naik video mereka yang sedang memainkan permainan ini di Youtube untuk dikongsi bersama rakan-rakan remaja lain di internet.

Sebuah badan bebas, The Dangerous Behaviours Foundation, DBF (Yayasan kelakuan berbahaya) yang mengambil langkah-langkah untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang bahaya dan risiko kelakuan remaja, melaporkan 26 kematian disebabkan permainan "pass out" ini di Amerika Syarikat tahun ini sehingga bulan oktober.

Menurut Yayasan itu lagi, 183 orang kanak-kanak telah terbunuh akibat bermain permainan ini sejak 2007.


Sumber: New York Daily

nRelate - Posts Only

LinkWithin