Thursday, August 25, 2011
Akak Ditumbuk Bertubi-tubi Ketika Cuba Selamatkan Adik
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dipukul dua lelaki yang cuba mengganggu adik perempuannya ketika mahu ke bazar Ramadan di kawasan perumahan mereka di Pantai Dalam, di sini, kelmarin.
Menceritakan kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, sumber berkata, wanita berusia 24 tahun itu berada di rumahnya menyediakan juadah berbuka sebelum mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada adiknya memberitahu diganggu beberapa lelaki di tingkat bawah.
Menurut sumber, mangsa kemudian bergegas ke tingkat bawah untuk membantu adiknya sambil membawa getah paip untuk mempertahankan diri.
“Setibanya mangsa di tempat kejadian, dia terus menegur perbuatan dua lelaki terbabit sebelum tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menolak dan menampar mangsa.
“Mangsa turut ditumbuk suspek bertubi-tubi walaupun cuba dihalang adik mangsa,” katanya.
Menurutnya lagi, suspek hanya berhenti membelasah mangsa sebaik saja orang ramai mula berkumpul dan meleraikan pergaduhan itu.
Mangsa yang mengalami bengkak di bahagian mata kirinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Rashid, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Labels:
Berita