Thursday, August 25, 2011

Pelajar Tingkatan 3 Dibantai 20 Lelaki


AMPANG: Seorang pelajar tingkatan tiga cedera di kepala dan badan selepas dipukul sekumpulan 20 lelaki di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, sebelum mereka melarikan wang tunai sebanyak RM30 dan telefon bimbit milik mangsa, kelmarin.


Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu sedang minum bersama seorang lagi rakan lelakinya di restoran berkenaan. 


Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa secara tiba-tiba diserang kumpulan terbabit yang masuk ke dalam restoran.

“Kumpulan terbabit dipercayai menyerang dan bertindak memukul mangsa menggunakan kayu serta batu bata. Mangsa menjerit kesakitan dan cuba dibantu rakan dan pelanggan restoran namun gagal.



“Mangsa melarikan diri bagaimanapun dia dikejar semula kumpulan berkenaan lalu memukul mangsa sekali lagi di luar restoran itu,” katanya.

nRelate - Posts Only

LinkWithin