
Beliau menulis kata maaf itu dan penjelasan di laman Facebooknya:
- “I honestly take this apportunity to appologised to Norman and Memey if apa yg i cakap terguris hati sebab abg tak niat mcm tu cuma menyampaikan pengalaman abg mlm tu secara jujur.
- “Kan abg kata the decor memang cantik likewise all yg pakaian and everything to be fair tapi yg berjuta tu rupanya pearl tu semua.Infact u also cannot blame the pengantin if the sponsor nak meraikan wedding mereka….its their choice.its their wedding tapi silap besar is being Propa berjuta and wedding of the year sekali indah khabar dari rupa tu yg jadi sensasi!,”
Bagi Chef Wan dia merasakan Norman dan Memey seolah-olah hanya model di majlis mereka sendiri biarpun majlis itu menelan jutaan rinngit.
Kakak Norman sedih dengan kritikan Chef Wan
Isu itu menjadi hangat apabila kakak Norman, Norish Zaid pula meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan komen yang diberikan Chef Wan itu.
Kakak Norman menyifatkan komen dari Chef Wan agak keterlaluan dan pandangan serta kritikan dari pihak yang menyokong adalah bersifat cemburu.
Menurut Norish, mereka (dirinya dan ahli keluarga) serta pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia Pearl Centre dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.