Thursday, October 6, 2011

Pengasas Apple Steve Jobs Meninggal

Pengasas Apple dan jenama seperti Apple iPhone, iPad, iPod iMac, dan iTunes meninggal dunia hari ini setelah menderita lama sakit kanser pankreas. steve telah meletakkan jawatan CEO sebelum ini dan dia digantikan dengan Tim Cook, yang telah pun mempersembahkan iPhone 4S kepada dunia pada beberapa hari lepas. Jobs meninggal duni di usia 56 tahun, dia dilahirkan pada tahun 1955.

Kenyataan pihak Apple:

Kematian Jobs diumumkan oleh Apple dalam satu kenyataan. Laman web Apple.com juga menyiarkan gambar hitam putih dengan mesej “Steve Jobs, 1955-2011”

Laman Web Apple, Inc hari ini
Laman Web Apple, Inc hari ini

“Kecemerlangan, keghairahan dan tenaga Steve merupakan sumber kepada siri inovasi yang tiada bilangannya, yang telah memperkaya dan memperbaiki hidup kita. Dunia berada dalam keadaan baik yang tidak terhingga disebabkan (sumbangan) Steve.”

Kebijaksanaan Steve Jobs telah pun mempertingkatkan gaya hidup pengguna seluruh dunia, dan pelbagai inovasi telah dibawakan oleh beliau selama bertahun-tahun.

Presiden US , Barrack Obama pun mengucapkahn takziah dan menyifatkan Jobs seorang yang bijak, berani dan berinovasi tinggi.

nRelate - Posts Only

LinkWithin